

MCORP dengan kerjasama Melaka Halal Hub telah pun menyertai Ekspo Selangor International Halal Convention 2023 yang telah berlangsung selama 3 hari bermula 10 – 12 Mar 2023 yang disertai beberapa usahawan MHH dalam mempromosi produk mereka. Suasana dimeriahkan lagi oleh lawatan Datuk CEO MCORP iaitu Datuk Hjh. Mashitah binti Datuk Wira Hj. Ismail ke Reruai Melaka dan bertemu dengan usahawan yang mengambil bahagian. Yang turut diiringi oleh Pengurus Besar MHHSB En. Abdul Wahid bin Abdul Hakim dan Pengurus Kanan MHHSB En. Hairulzamani bin Othman. Produk yang dipamirkan oleh usahawan semasa ekspo tersebut adalah mengikut 6 kluster iaitu Makanan & Minuman, Farmaseutikal & Penjagaan Kesihatan, Bahan Mentah & Ramuan Halal, Penjagaan Diri & Kecantikan, Pelancongan & Hospitaliti, Busana Sopan.
Tarikh 12 Mar 2023