Melaka Halal Hub terus mengorak langkah melakukan perubahan apabila menjadikan aplikasi dalam talian sebagai platform untuk mempromosikan dan mengembangkan lagi perniagaan yang ditawarkan.

Pengurus Besarnya Abdul Hakim Abdul Wahid berkata, jalinan kerjasama itu dibuat pihaknya bersama sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang membangunkan servis Aplikasi Gaya Hidup dibawah jenama Moevd dikenali sebagai Platform Moevd Halmart.